Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Rahsia Keajaiban Kaabah Yang Perlu Anda ketahui

Kaabah adalah salah satu makhluk ciptaan Allah s.w.t yang paling suci dan dipelihara. Sejarah Kaabah telah melalui berbagai fasa semenjak dari awal keujudan alam semesta sehingga ke peringkat awal penurunan  Nabi Adam a.s.  ke bumi dan seterusnya sehingga ke hari ini.
"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat solat dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya) dan orang-orang yang rukuk dan sujud." (Surah Al-Baqarah: Ayat 125)
Mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa lokasi kedudukan dan struktur binaan Kaabah ada mempunyai kelebihan-kelebihan serta rahsia yang tersendiri. Berikut adalah antara fakta-fakta menarik berkaitan Kaabah dari sudut sains yang perlu anda ketahui:-
  • Kedudukan Mekah itu sendiri adalah merupakan kawasan yang mempunyai tekanan graviti yang paling stabil.
  • Di sekitar kawasan Kaabah di mana tekanan gravitinya tinggi, adalah merupakan berpusatnya bunyi-bunyian yang tidak boleh didengar oleh telinga.
  • Mengikut kajian, tekanan graviti yang tinggi akan memberi kesan langsung kepada sistem imun badan serta bertindak sebagai pertahanan daripada berbagai serangan penyakit.
  • Tekanan Graviti tinggi akan menyebabkan  elektron ion negatif yang berkumpul di situ menjadi lebih tinggi.
  • Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman badan kembali tinggi, menjadikan penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
  • Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
  • Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
  • Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
  • Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
  • Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
  • Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
  • Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
  • Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
  • Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
  • Selepas selesai semua itu barulah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
"Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui." (Surah Ya-Sin: Ayat 81)

Subhanallah. Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama. Wallahu a'lam bissaawab.