Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah telah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun 6 hijrah (Mac 628 M) dan ditandatangani antara Rasulullah s.a.w. dan Pihak Musyrikin Mekah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah sempena nama tempat perjanjian ini ditandatangan.

Sebab Berlakunya Perjanjian Hudaibiyah

Rasulullah bersama-sama 1,400 orang Islam Madinah telah berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji. Namun, apabila pihak Musyrikin mendapat tahu tentang hal ini, mereka telah menghantar wakil untuk menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Setelah memasuki Kota Mekah, Uthman bin Affan r.a. telah ditahan oleh orang-orang Mekah bagi menyiasat tentang tujuan mereka ke Mekah. Maka tersebar berita bahawa beliau telah dibunuh. Maka dengan berita yang tersebar itu, orang-orang Islam pun berikrar untuk menuntut bela atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan.

Apabila mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Uthman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6Hijrah (March 628M) perundingan ini membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Oleh kerana itu nama perjanjian itu dinamakan diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaitu "Hudaibiyah".

Isi Perjanjian Hudaibiyah

  • Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  • Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  • Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  • Orang Quraisy yang lari ke Madinah tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula ke Makkah.
  • Orang-orang yang lari ke pihak Quraish di Makkah tidak perlu dikembalikan.
  • Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu mereka di dalam peperangan menentang mana-mana pihak.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
  • Berkembangnya syiar Islam.
  • Kehidupan masyarakat menjadi semakin aman dan damai.
  • Pengiktirafan kepada Rasulullah dan negara Islam di Madinah
  • Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada puak Musyrikin Quraisy
  • Orang-orang Islam dapat membuat hubungan diplomatik dengan kabilah-kabilah yang lain tanpa tentangan dari puak Musyrikin Quraisy di Makkah.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah
Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah 
  • Musyrikin Quraisy menjadi semakin lemah
  • Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju.
  • Kaum Yahudi yang khianat berjaya diusir dari Madinah
  • Rasulullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
  • Corak politik Rasulullah s.a.w. yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran. 
Dalam lawatan terakhir semasa berada di Makkah, para jemaah Mekah Travel akan dibawa melawat Masjid Hudaibiyah yang merupakan tempat bermiqat dan berniat umrah di sana. Bersebelahan dengan Masjid ini terdapat kesan-kesan binaan masjid lama yang merupakan tapak asal berlakunya perjanjian Hudaibiyah.

Dalam perjalanan ini juga, para jemaah akan dibawa menlawat ladang unta yang berada di sepanjang jalan dari Makkah ke Hudaibiah. Walaubagaimanapun, kebenaran untuk melawat ladang unta kini tertakluk kepada keadaan semasa yang dikaitkan wabak penyakit.