Pendaftaran untuk Pakej Umrah "Musim Cuti Sekolah Disember 2016" kini dibuka. Whatsapp/ SMS: +6011-5299 3775 (Hj. Mustakim) +6012-7223040 (Hjh. Kasmaliza)

Larangan Ihram: Kasut Semasa Dalam Ihram

Pantang larang Ihram di sudut pemakaian  kasut atau selipar ketika dalam Ihram seringkali dipandang remeh oleh sesetengah jemaah haji atau umrah. Seringkali berlaku di kalangan jemaah yang membuat persiapan kelengkapan pakaian termasuk kasut mendapati bahawa jenis kasut atau selipar yang dibeli tidak menepati hukum hakam dan pantang larang dalam Ihram.

Bagi jemaah wanita, jenis kasut yang perlu dipakai adalah yang menutup keseluruhan kaki dan untuk ini para jemaah dinasihatkan agar memakai stokin yang tebal dan tinggi ke paras betis. Sementara untuk jemaah lelaki dalam Ihram pula, keadaannya adalah berbeza.

Menurut Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali ke-26 telah menetapkan bahawa:
"Selipar yang mesti dipakai oleh jemaah haji lelaki semasa dalam ihram hendaklah mengeluar dan menzahirkan semua hujung jari jemari kakinya dan kesemua tumit."
Adakalanya, jenis selipar yang dipakai mempunyai tali yang agak besar sehinggakan apabila dipakai kadangkala boleh menutupi sebahagian daripada jari kaki (i.e. Ketika dalam pergerakan, kadang kala selipar ini akan termasuk atau terkeluar dan menutup salah satu jari kaki). Jenis selipar yang selamat untuk dipakai semasa dalam Ihram adalah seperti yang ditunjukkan di bawah iaitu yang boleh menampakkan kesemua jari kaki dan keseluruhan tumit kaki.

(Sila pastikan bahawa tali selipar tidak melebihi ukuran 1 inci.)

Para jemaah Mekah Travel adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada ketua atau Mutawwif berkenaan penggunan kasut untuk jemaah wanita dan selipar untuk jemaah lelaki bagi mengelakkan sebarang masalah serta keraguan.

Sumber: Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-26